tag:blogger.com,1999:blog-83838884573657923162024-02-19T23:12:12.556+08:00cubawattemplatejuanhttp://www.blogger.com/profile/00563723455332548058noreply@blogger.comBlogger1125tag:blogger.com,1999:blog-8383888457365792316.post-14181763948785189282013-01-02T14:39:00.000+08:002013-01-02T14:39:21.878+08:00testingMANCHESTER - Pemilik Manchester City, Sheikh Mansour mendedahkan
penyerang kontroversi, Mario Balotelli tidak akan meninggalkan Etihad
pada musim perpindahan ketika ini.

Ini kerana Mansour menganggap beliau adalah peminat No.1 pemain kebangsaan Itali tersebut.

Terdahulu, Balotelli dikaitkan ke AC Milan selepas kelab gergasi
Itali itu bersedia untuk membantu penyerang bermasalah The Citizen
tersebut.

Begitupun, pengurus City, Roberto Mancini berkata: "Mansour sangat
meminati Balotelli kerana beliau mengetahui bakat selain yakin dia akan
mengangkat nama City di seluruh dunia.

"Kami perlu sedar bahawa Balotelli adalah salah satu pemain dalam
pelaburan skuad ini dan kami tidak akan membenarkan dia meninggalkan
City.

"Saya fikir Balotelli akan kekal tetapi masa depan City bergantung
kepadanya sebagaimana dia akan muncul sebagai salah satu pemain penting
buat kami," ujar Mancini.

Terdahulu, hubungan Balotelli dengan majikan menjadi dingin selepas
penyerang berusia 22 tahun itu mengugut untuk mendakwa kelab tersebut
kepada tribunal atas kesalahan denda masalah disiplin.

Namun, dia kembali mengugurkan dakwaan itu. Begitupun, Mancini
menegaskan hubungan Balotelli dan City kekal baik di antara mereka.

"Hubungan saya dengan Balotelli sentiasa baik. Saya sangat menyayangi
Balotelli kerana saya menyaksikan dia membesar sebagai pemain bola
sepak.

"Namun dalam dunia profesional, saya perlu tegas dan memberitahu
kepada Balotelli supaya memberikan persembahan terbaik kepada skuad
ini," katanya. - Agensi

juanhttp://www.blogger.com/profile/00563723455332548058noreply@blogger.com0